the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Pulau Pinang salur pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang komited dalam usaha mengukuhkan perpaduan rakyat bagi memastikan tiada pihak tercicir dalam aspek peluang ekonomi, pendidikan dan kebajikan selaras objektif dan teras Visi Penang2030.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata bagi pembangunan masyarakat India, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menaikkan peruntukan daripada RM1.5 juta kepada RM2 juta yang disalurkan kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (HEB).

“Sejak penubuhan badan ini pada 2008, HEB telah menyalurkan bantuan pendidikan kepada para pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Secara keseluruhan dari 2010 sehingga kini, sebanyak 3,264 pelajar yang layak telah menerima biayaan biasiswa dengan jumlah keseluruhan bernilai RM4,578,617.33 bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya dalam perutusan bersempena dengan sambutan Thaipusam di sini hari ini.

Chow berkata selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan untuk menyediakan keselesaan serta suasana Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang lebih kondusif, kerajaan negeri telah menaikkan peruntukan daripada RM1.75 juta kepada RM2 juta bagi pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Menurut beliau, peruntukan itu membolehkan transformasi dilaksanakan di sekolah-sekolah Tamil di negeri ini sehingga menjadi antara yang terbaik di negara ini dari segi akses kepada kemudahan asas serta infrastruktur fizikal yang lengkap termasuk meningkatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Chow dalam pada itu berkata peranan kerajaan amat penting dalam membentuk sebuah negeri dan negara yang maju di samping melahirkan sebuah masyarakat MADANI, justeru beliau berharap Thaipusam yang disambut ini bukan sekadar perayaan keagamaan, tetapi juga dapat memperkukuh semangat perpaduan dan jalinan keharmonian dalam kalangan masyarakat.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings