the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guru wanita berdepan hukuman jika dakwaan cabul murid benar – Fadhlina

KLANG: Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan ke atas guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, jika siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku, kata menteri berkaitan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata buat masa ini guru berkenaan tidak dibenarkan berurusan dengan mana-mana murid sehingga siasatan selesai.

“Kementerian akan mengambil tindakan ke atas guru wanita tersebut setelah polis melengkapkan siasatan dan sehingga itu, kita akan patuhi segala prosedur ditetapkan sehingga siasatan selesai.

“Bagi pelajar lelaki itu pula, kita berikan sokongan psikososial dan perlindungan sepenuhnya sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Pendidikan,“ katanya ketika ditemui selepas Majlis Temu Mesra Menteri Pendidikan dengan Calon Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata pihaknya telah merakam keterangan guru wanita berusia 37 tahun itu.

Ibu mangsa membuat laporan polis pada 12 Dis lepas mendakwa suspek mencabul anaknya ketika mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings