the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes jatuh laut: Polis rekod keterangan 13 individu termasuk pegawai polis

GEORGE TOWN: Polis merekodkan keterangan pegawai kanan polis yang terlibat dalam kejadian lelaki dan wanita terjatuh ke dalam laut di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai di sini pada 15 Jan lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata pihaknya telah merekodkan keterangan lelaki berusia 37 tahun itu beberapa hari lepas yang ketika ini masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

“Setakat ini, kami telah merekodkan keterangan pegawai kanan polis itu dan 12 individu lagi antaranya wanita terbabit, doktor yang merawat serta beberapa saksi yang melihat kejadian itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pegawai kanan polis itu mengalami kecederaan di kepala dan patah bahu sebelah kiri.

Media sebelum ini melaporkan wanita yang terjatuh ke dalam laut dalam kejadian di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang itu mendakwa ditolak rakan lelakinya yang juga pegawai kanan polis berpangkat Inspektor dan bertugas di Perak ketika mereka sedang bertengkar di hentian jambatan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu, tindakan pantas seorang lelaki iaitu anggota tentera yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang lelaki dan seorang wanita yang terjatuh ke dalam laut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings