the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan – Adly

ALOR GAJAH: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan sekiranya terdapat keperluan berikutan fenomena cuaca panas dan kurang hujan yang melanda negara ketika ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kebiasaannya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terlibat dengan proses pembenihan awan namun setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang permintaan terhadap usaha itu.

“Aset udara kita sentiasa dalam keadaan siap siaga tetapi jika ada tuntutan atau permintaan ATM akan memberikan kerja sama…sebelum ini, kita pernah terlibat dengan pembenihan awan di Sabah dan begitu juga di semenanjung, sekiranya ada pihak minta, kita akan bantu.

“Namun pembenihan awan ini juga mengambil kira faktor cuaca semasa juga seperti keadaan awan, angin dan sebagainya baharulah proses itu boleh dilakukan,“ katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka bersama menteri itu di Durian Tunggal di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata pihaknya akan mengambil kira beberapa faktor dan keperluan untuk melakukan pembenihan awan bagi memastikan proses berkenaan berhasil memandangkan ia menelan kos yang agak tinggi sekali gus mengelak pembaziran.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings