the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut kereta terbabas dan terbakar

IPOH: Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta yang dipercayai terbabas dan terbakar di tepi jalan Kampung Ayer Hitam, Batu 13, Teluk Intan, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam.

“Kami mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan dan Pasukan Bomba Sukarela Batu 12 Teluk Intan serta jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terbabas di tepi jalan dan terbakar 80 peratus serta terdapat seorang mangsa lelaki di dalamnya,“ katanya dalam kenyataan di sini malam Sabtu (Mac 23).

Beliau berkata pasukan bomba melakukan teknik Receo bagi melakukan penyelamatan dan pemadaman api, namun mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan di tempat kejadian.

Operasi tamat pada 11.27 malam dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings