the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki Myanmar maut dalam kebun durian, dua rakan senegara ditahan

KUANTAN: Seorang lelaki warganegara Myanmar ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada beberapa anggota badan di dalam kebun durian di Jalan Air Terjun Chamang, Bentong semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan mayat lelaki berusia 29 tahun dan bekerja di kebun durian itu, pada 5 pagi.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan dua lelaki yang merupakan rakan senegara mangsa iaitu seorang berusia 26 tahun di kawasan kebun durian terbabit manakala seorang lagi berusia 31 tahun ditangkap semasa cuba melarikan diri di lokasi berhampiran, bagi membantu siasatan.

“Mereka juga bekerja di kebun durian dan pemeriksaan mendapati seorang daripada lelaki ditahan mempunyai beberapa kesan kecederaan dipercayai akibat pergelutan.

“Polis turut merampas sebilah parang dan pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu,“ katanya dalam kenyataan.

Zaiham berkata kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong ASP Faizal Abdullah menerusi talian 012-4834439 bagi membantu siasatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings