the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penggunaan teknologi, inovasi perlu diperkukuh untuk kekalkan khazanah hutan negara – Nik Nazmi

PUTRAJAYA: Penggunaan teknologi terkini dan kesedaran terhadap kepentingan inovasi dalam mencari penyelesaian baharu demi memelihara khazanah hutan negara perlu terus diperkukuh dalam mengekalkan kelestarian alam, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata kerajaan terus komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan, selaras komitmen negara pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992.

“Inovasi dalam sektor perhutanan merupakan elemen penting dalam mendepani cabaran alam sekitar global dan keperluan dalam memelihara hutan untuk generasi akan datang melalui gabungan sains dan teknologi serta penglibatan masyarakat,“ katanya dalam perutusan sempena Hari Hutan Antarabangsa hari ini.

Justeru Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah melaksanakan pelbagai usaha dan inovasi bagi memastikan sektor perhutanan negara berkembang dan sentiasa relevan mengikut peredaran masa.

Nik Nazmi berkata inovasi dan penggunaan teknologi seperti satelit, dron dan Sistem Maklumat Geografi dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti pemantauan sumber hutan negara.

Dalam usaha berterusan memastikan khazanah hutan negara terpelihara, beliau berkata NRES telah menyediakan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (EFT) yang ditingkatkan kepada RM200 juta pada tahun ini bagi memperkasakan kerajaan-kerajaan negeri dalam memulihara dan mewartakan kawasan perlindungan.

“Peruntukan EFT ini dapat dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dan kepelbagaian biologi,“ katanya.

Hari Hutan Antarabangsa disambut pada 21 Mac setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan hutan, pemeliharaan dan pemuliharaannya demi kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong SMEs face “triple squeeze” from rising costs, weak demand and interest rates...

Dah Sing Bank, Limited ("Dah Sing Bank") today announced the results of its 2026 SME Survey ("the Survey"), which revealed that Hong Kong SMEs are facing a "triple squeeze" of rising costs, weakening demand and interest rates fluctuations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings