the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak bentang rang undang-undang tubuh lembaga pelabuhan berpusat Mei ini

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak akan membentangkan rang undang-undang penubuhan lembaga pelabuhan berpusat bagi mengawal selia semua pelabuhan di negeri itu secara sistematik dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei ini.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rang undang-undang itu bakal diusul oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.

“Kita dah berbincang dengan Kerajaan Persekutuan mengenai perkara ini dan untuk nama (rasmi lembaga itu), kita tunggu dulu sebab kita mesti wujudkan undang-undang untuk tubuhkan lembaga pelabuhan berpusat bagi menyelia semua pelabuhan termasuk Pelabuhan Bintulu yang akan diserahkan Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Tahun Baharu Cina anjuran Jabatan Premier Sarawak 2024 di bangunan DUN di sini hari ini.

Buat masa ini, Sarawak memiliki lima entiti yang mengawal setiap pelabuhan di kawasan masing-masing iaitu Lembaga Pelabuhan Kuching, Lembaga Pelabuhan Rajang, Lembaga Pelabuhan Miri, Lembaga Pelabuhan Tanjung Manis and Lembaga Pelabuhan Samalaju.

Dalam ucapan penggulungan di persidangan DUN pada November 2023, Uggah berkata pihaknya masih memperhalusi draf bagi rang undang-undang itu untuk memastikan proses penyeragaman kelima-lima pelabuhan berjalan lancar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings