Wednesday, October 29, 2025
31.4 C
Malaysia
spot_img

Kanak-kanak 6 tahun dikelar di Parit Raja stabil selepas pembedahan

The Sun Webdesk

BATU PAHAT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikelar di leher di kediamannya di Parit Raja kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan mangsa masih menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nora Ismail.

Beliau menyatakan mangsa sudah boleh bercakap tetapi pihak polis belum merekodkan keterangan rasmi memandangkan keadaannya belum pulih sepenuhnya.

“Kita masih menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian ini,” katanya ketika dihubungi.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 5.30 pagi semalam apabila mangsa ditemui dengan kesan kelar di lehernya.

Laporan polis dibuat oleh ibu mangsa yang berusia 40 tahun pada kira-kira pukul 9 pagi hari yang sama. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img