the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pengarah syarikat, isteri didakwa beri bonus RM400,000 untuk diri sendiri tanpa kelulusan mesyuarat agung

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah sebuah syarikat dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberikan bonus RM400,000 untuk diri mereka sendiri tanpa kelulusan mesyuarat agung syarikat, enam tahun lepas.

Teo Tzi Sin, 48, dan Wong Poh Wah, 49, sebagai Pengarah Syarikat Sea Tackle Sdn Bhd didakwa menggunakan kedudukan mereka sebagai pengarah syarikat itu, dengan memberikan harta syarikat iaitu masing-masing RM200,000 sebagai bonus kepada diri mereka tanpa kelulusan mesyuarat agung syarikat untuk mendapat manfaat secara langsung kepada mereka.

Pasangan suami isteri itu dituduh melakukan kesalahan itu di syarikat Sea Tackle Sdn Bhd, Wangsa Maju, di sini pada 30 Jan 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 218(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan 13 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia Amir Sharifuddin Hashim manakala pasangan suami isteri itu diwakili peguam Ong Wen Li. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Portugal defeat Croatia 2-1 to reach World Cup last 16

Portugal's forward #07 Cristiano Ronaldo celebrates after scoring his team's first goal from the penalty spot during the 2026 World Cup round of 32 football match between Portugal and Croatia at the Toronto Stadium in Toronto on July 2, 2026. (Photo by Cole Burston / AFP)

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings