the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Insentif RM20,000 untuk tandas lima bintang di masjid, surau Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata setiap enam masjid atau surau di Wilayah Persekutuan yang mencapai kebersihan tandas bertaraf lima bintang akan menerima insentif sebanyak RM20,000.

Beliau berkata insentif itu adalah untuk program keilmuan serta pembangunan dan penyelenggaraan bagi masjid atau surau yang mengikuti Kempen Kebersihan Tandas Masjid dan Surau bertaraf lima bintang peringkat Wilayah Persekutuan yang dilancarkan hari ini.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) atas usaha yang amat bermakna ini untuk menyerlahkan keindahan Islam serta institusi masjid dan surau.

“Pelancaran Kempen Kebersihan Tandas dan Surau Bertaraf 5 Bintang Peringkat Wilayah Persekutuan ini amat besar maknanya untuk kita menyerlahkan qudwah kepada masyarakat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Mohd Na’im juga berkata masjid dan surau perlu memberikan contoh terbaik dalam aspek kebersihan selain Islam harus diserlahkan sifatnya yang menjulang tinggi nilai rahmah dan dakwah.

“Inilah usaha Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memulakan usaha ini di Wilayah Persekutuan. Semoga ia memberikan kebaikan dan manfaat kepada semua pihak,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings