the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

5G: Tiada caj tambahan bolehkan rakyat optimumkan perkhidmatan, tingkat taraf hidup

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan dalam memastikan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih tidak mengenakan caj tambahan bagi akses kepada rangkaian 5G membuktikan usaha berterusan kerajaan dalam mengurangkan beban hidup rakyat.

Pekerja swasta Nur Fitri Ismail, 39, berpendapat akses kepada rangkaian 5G pada hari ini ialah satu keperluan kerana perkembangan teknologi telekomunikasi banyak mempengaruhi kehidupan harian masyarakat termasuk cara berkomunikasi, mendapatkan maklumat, kaedah belajar dan mengajar serta bekerja.

“Kalau dari segi pembelajaran anak, bila kena ikuti kelas tuisyen dalam talian, liputan Internet yang baik memang sangat diperlukan, bukan itu sahaja data yang besar juga diperlukan sebagai contoh untuk pelan dengan data 60 gigabait (GB) bil bulanan saya sudah mencecah hampir RM150 … tetapi kita tahu penggunaan Internet hari ini bukan sekadar untuk penggunaan harian, malah lebih daripada itu.

“Biasanya, kalau pelan dengan data yang besar harga yang ditawarkan sudah sedia mahal juga, jadi jika ada caj tambahan bagi penggunaan rangkaian 5G, ia akan lebih membebankan orang ramai,” katanya.

Justeru, dia berharap kerajaan dapat terus memastikan tiada sebarang caj tersembunyi dikenakan kepada pengguna melalui pakej atau tawaran pelan yang disediakan syarikat telekomunikasi (telco).

“Perkara seperti ini mungkin boleh dikesan jika tiba-tiba pelan perkhidmatan jadi lebih mahal dan bagi pihak kerajaan, isu teknikal seperti ini sudah pasti ada mekanisme untuk mengesan sebarang perubahan caj pada pelan yang ditawarkan.

“Jadi dalam hal ini, kerajaan perlu mainkan peranan secara berterusan dengan membuat pemantauan secara berkala bagi memastikan jika terdapat sebarang perubahan ketara pada pelan atau pakej yang ditawarkan, ia dapat dikesan awal dan diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Peniaga dalam talian, Farhana Zakaria, 32, berkata komitmen kerajaan itu bertepatan dengan keperluannya mengggunakan teknologi 5G untuk menjual produk melalui platform e-dagang seperti Shopee dan media sosial.

“Pada saya tidak perlulah ada caj tambahan sebab zaman 3G dahulu pun tiada dikenakan sebarang caj. Macam saya peniaga dalam talian memang bergantung kepada kemudahan ini.

“Selain itu, ramai orang hari ini yang berdepan dengan kesukaran kewangan, kalau ada caj tambahan, pengggunaan akan menjadi terhad kerana berbayar … rakyat tidak dapat memanfaatkan teknologi dan kemudahan yang disediakan kerajaan ini,” katanya.

Perkara itu turut diakui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Saravanan Thambirajah yang menyifatkan komitmen kerajaan itu wajar bagi memastikan pengguna tidak ketinggalan dalam mendapatkan akses 5G.

Saravanan berkata keputusan itu mengambil kira kos sara hidup yang meningkat ketika ini, selain yakin ia akan meningkatkan produktiviti rakyat kerana teknologi 5G ialah satu perkembangan yang nyata berbeza keupayaannya berbanding teknologi 1G, 2G, 4G, dan 3G sebelum ini.

“Teknologi bukan sahaja mampu memberikan pengalaman Internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda atau hingga mencecah 1.5 GB sesaat berbanding teknologi 4G, malah dilengkapi dengan sambungan yang lebih berkualiti.

“Kecekapan sambungan ini yang akhirnya menjadikan kadar penggunaan tenaga lebih rendah pada peranti pengguna, sekali gus berpotensi besar untuk merancakkan komunikasi mudah alih melalui inovasi, di samping mewujudkan industri baharu yang membawa manfaat besar kepada keseluruhan ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi.

Saravanan berharap di sebalik kecekapan teknologi 5G itu, kerajaan akan terus memantau dan menyiasat rungutan pengguna jika ada dalam kalangan mereka yang dikenakan caj tambahan.

Pada 9 Jan lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan tiada caj tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G dan keputusan itu dimaklumkan sendiri oleh semua ketua pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi kepada beliau. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings