the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Watanabe-Higashino raih gelaran sulung beregu campuran Jepun

KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama Jepun Yuta Watanabe-Arisa Higashino memulakan musim baharu dengan bergaya apabila meraih gelaran juara Terbuka Malaysia 2024.

Lebih manis, Watanabe-Higashino muncul beregu campuran pertama Jepun mengungguli podium Terbuka Malaysia selepas menewaskan Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan 21-18, 21-15.

Dalam aksi di Axiata Arena, pilihan kedua kejohanan itu jelas mendominasi 37 minit perlawanan akhir untuk meraih gelaran Jelajah Dunia ke-11 mereka hari ini.

Watanabe ketika ditemui berkata kejayaan hari ini merupakan permulaan baik buat mereka untuk musim ini.

“Ia permulaan yang baik buat kami tapi masih banyak kejohanan mendatang. Kami akan cuba yang terbaik dan fokus setiap perlawanan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Higashino turut menzahirkan penghargaan buat jurulatih kelahiran Malaysia Jeremy Gan yang banyak memberikan panduan dan motivasi kepada mereka untuk meningkat dalam setiap perlawanan.

“Kami teruja apabila melakar sejarah sebagai pasangan pertama Jepun meraih gelaran beregu campuran,” katanya.

Pada edisi lepas, Watanabe-Higashino muncul naib juara selepas tunduk kepada pasangan China Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 19-21, 11-21.

Sementara itu, Won Ho mengakui tidak dapat mempamerkan aksi terbaik dan gagal menyerap tekanan sekali gus terlepas gelaran juara pada perlawanan hari ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings