the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKM: 23 Kes strok haba direkodkan setakat ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 23 kes strok haba dilaporkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak awal tahun ini hingga Isnin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan (gambar).

Dalam sidang media selepas majlis Ops Kebersihan Dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024 di sini hari ini, beliau berkata kes berkenaan dilaporkan di Kedah, Perak, Selangor, Sabah, Perlis dan Pahang.

“Kalau ikutkan keseluruhan untuk strok haba ini, buat masa sekarang kita ada sejumlah 23 kes dan ini berdasarkan (kes) yang datang ke fasiliti kita,” katanya.

Daripada jumlah kes dilaporkan, Dr Muhammad Radzi berkata hanya satu kes di Langkawi melibatkan pesakit dirujuk ke unit rawatan rapi (ICU).

“Ada satu kes masuk ke ICU sehingga memerlukan bantuan pernafasan tetapi ia dapat diselamatkan sebab dia datang awal,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan diri daripada terdedah secara terus dengan cahaya matahari kerana cuaca ketika ini panas.

“Apa yang penting sekarang ini mengenai strok haba adalah ia sesuatu yang kita dapat elakkan. Formulanya senang sahaja iaitu kita perlu mengelakkan terdedah kepada haba tersebut.

“Katakanlah kita terpaksa juga pergi, anda kena mengambil langkah sebaiknya seperti guna payung, pakai baju yang menutupi badan semuanya,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings