the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada arahan untuk tidak akses data telefon bimbit Ebit Lew dalam pemacu kilat

TENOM: Seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tiada menerima arahan untuk tidak mengakses data dalam pemacu kilat diberikan syarikat LGMS Berhad (LGMS).

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Insp Yip Chang Ching, 43, berkata sedemikian ketika pemeriksaan semula Peguam Ram Singh hari ini berkenaan pemacu kilat mengandungi data telefon bimbit Lew diberikan LGMS kepada PDRM.

Saksi pendakwaan kelapan itu juga tidak bersetuju kepada soalan Ram Singh yang mewakili Ebit Lew bahawa saksi telah melampaui had untuk melihat data berkenaan.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani akan disambung dari 13 hingga 15 Feb ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings