the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kontraktor didenda RM30,000, penjara sehari mengaku salah lima pertuduhan menipu

SHAH ALAM: Seorang kontraktor didenda RM30,000 dan satu hari penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berhubung kerja baik pulih rumah daif di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) tiga tahun lepas.

Dokumen itu bagi membuat tuntutan bernilai RM73,590 di sebuah agensi kerajaan pada 2021.

Tertuduh Muhammad Hafizul Akmal Hasbulah, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Hakim Datuk Anita Harun.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh menggunakan invois palsu sebagai tulen melibatkan empat syarikat iaitu syarikat Azam Enterprise, syarikat Rezeki SAA Enterprise, syarikat FZ Sinar Resources serta syarikat gabungan IRQHA Resources, untuk tuntutan bayaran kerja-kerja tersebut kepada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Dia yang merupakan kontraktor bagi syarikat Tuntas Civil Engineering Sdn Bhd milik bapanya, juga mengaku bersalah atas dakwaan memberikan laporan bergambar palsu yang disahkan bukan rumah sebenar bagi syarikat Asri Al Razzaq Enterprise.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzman, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Affendy Mohd Yusop.

Terdahulu, Mohd Aliff memohon hukuman berbentuk pencegahan dan setimpal dikenakan terhadap tertuduh, mengambil kira keseriusan gejala pemalsuan dokumen dalam kalangan masyarakat.

Peguam tertuduh bagaimanapun memohon hukuman ringan, dengan alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan tiga orang anak yang masih kecil, selain Muhammad Hafizul mempunyai sakit belakang yang telah disahkan oleh pegawai perubatan.

“OKT sepanjang beliau dituduh, disiasat telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak pendakwaan, dalam siasatan beliau OKT juga telah insaf atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

“OKT juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan-kesalahan ini pada masa akan datang, ini merupakan kesalahan pertama dan terakhir beliau dan OKT juga tiada rekod lampau,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings