the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amaran ribut petir di beberapa negeri hingga 10 malam ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 10 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan kawasan terbabit termasuk keseluruhan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta dua daerah di Sarawak iaitu Kuching dan Bau.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka berlaku di Kedah (Baling, Kulim, Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong).

Dalam pada itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam hantaran di Facebook memaklumkan setakat 6 petang, 52 lokasi bencana dikesan melibatkan 22 jalan Persekutuan dan 30 jalan negeri.

Daripada jumlah itu, bencana yang direkodkan melibatkan banjir di 30 lokasi, cerun runtuh (14), jalan runtuh (tiga), jambatan rosak atau runtuh (empat) dan satu lokasi akibat jalan mendap.

Negeri terlibat dengan bencana itu ialah Pahang membabitkan lima daerah, manakala tiga daerah masing-masing di Johor dan Perak, dua daerah masing-masing di Kelantan dan Kedah serta satu daerah masing-masing di Terengganu dan Selangor. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings