the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi rokok: KKM keluar 214 notis bernilai lebih RM54,000

CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 214 notis kesalahan di bawah Seksyen 32(b) Akta Makanan 1983 dengan anggaran kompaun bernilai RM54,050 menerusi Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 bertema “Ops Tempat Makan” yang diadakan dua hari sejak semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli berkata daripada jumlah notis yang dikeluarkan sebanyak 110 notis dikeluarkan bagi kesalahan merokok di premis makan, 48 di kawasan kompleks membeli belah dan 20 di kawasan lapangan terbang.

Katanya 29 notis kesalahan dikeluarkan kepada pemilik premis kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan lima notis kerana gagal memastikan tiada orang merokok di premis masing-masing.

“Satu notis dikeluarkan atas kesalahan merokok oleh orang belum dewasa dan satu notis kerana gagal mempamerkan tanda larangan menjual hasil tembakau kepada orang belum dewasa,”katanya kepada media selepas operasi berkenaan di sekitar Cyberjaya di sini hari ini.

Katanya sebanyak 16,046 operasi di bawah PPKHT 2004 dilaksanakan di seluruh negara sepanjang tahun lepas manakala 1,568 operasi dijalankan tahun ini sejak Januari lepas.

Beliau berkata setakat tahun ini lima negeri paling tinggi mencatatkan notis kesalahan merokok di premis makan adalah Selangor iaitu 750 notis, Johor (743), Pulau Pinang (595), Sarawak (586) dan Pahang dengan 519 notis.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings