the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas ditemukan mati dengan kesan tikaman di belakang badan

SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditemukan mati dengan kesan tikaman di belakang badan dan kedua-dua buku lali kaki di sebuah rumah di Kampung Pasir Rantau, dekat sini, 10.10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Arifai Tarawe berkata susulan itu polis menahan dua lelaki berusia 25 tahun dan 18 tahun dipercayai suspek kejadian untuk siasatan lanjut.

“Mangsa tidak bekerja ditemui mati dengan kesan kecederaan, salah seorang suspek ditahan 5 petang tadi di kawasan kejadian manakala seorang lagi dipanggil ke balai polis untuk siasatan,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arifai berkata mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pihaknya menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian itu tersebut tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di Ibu pejabat Polis Daerah Seremban, ASP Mohd Firdaus Sudeerman di talian 010-3921373. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings