the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laksana segera gencatan senjata yang kekal di Gaza: Anwar

MELBOURNE: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyentuh situasi getir di Gaza, sebelum Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne pada Rabu dengan menggesa supaya gencatan senjata yang segera dan kekal dilaksanakan.

Pada sesi pemukiman sidang kemuncak itu, Anwar mengingatkan pemimpin ASEAN dan Australia bahawa semua negara anggota ASEAN dan Australia mengundi menyokong resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Disember 2023, yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan.

“Kita harus mendesak agar permintaan ini direalisasikan – dengan segera dan kekal,“ katanya.

Anwar berkata hari demi hari situasi di Gaza terus bertambah buruk dan sehingga kini telah mengorbankan lebih 30,000 orang awam Palestian termasuk lebih 12,000 kanak-kanak manakala bayi yang tidak berdosa mati akibat kebuluran dan isu ini pastinya sangat serius.

“Oleh itu, gencatan senjata segera dan kekal adalah sangat mendesak,“ katanya.

Anwar berkata penyaluran bantuan kemanusiaan yang selamat, cepat dan tanpa halangan kepada orang awam yang tidak berdosa di seluruh Gaza perlu dibenarkan untuk diteruskan dan dikekalkan.

“Malaysia menggesa komuniti antarabangsa mengambil tindakan lebih berani untuk memaksa Israel agar mematuhi langkah sementara yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Januari tahun ini dan menyeru semua pihak untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza,“ katanya.

Malaysia juga menyeru negara-negara tidak mensensasikan hasil siasatan terhadap dakwaan baru-baru ini yang melibatkan beberapa petugas Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan mempertimbangkan semula hukuman kolektif yang diputuskan dan merayu sokongan kewangan mereka kepada UNRWA dikembalikan semula, katanya.

Anwar berkata secara kolektif, ASEAN dan Australia boleh memainkan peranan konstruktif dalam masyarakat antarabangsa ke arah mencari penyelesaian secara aman dan berpanjangan dalam konflik itu.

“Sebagai negara yang bertanggungjawab, kita terikat dengan Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa untuk menegakkan prinsip asas keadilan.

“Hak penentuan kehidupan sendiri yang kita tuntut untuk diri kita sendiri juga perlu dilindungi dan ditegakkan untuk rakyat Palestin,“ katanya.

Anwar berkata berakhirnya pendudukan Israel yang berdekad lamanya di wilayah Palestin adalah asas kepada penyelesaian dua negara serta mewujudkan keamanan dan keselamatan yang berkekalan di Timur Tengah.

“Kita juga tidak boleh menafikan bahawa pencerobohan Israel telah memburukkan lagi perpecahan dan prasangka antara orang Islam dan bukan Islam di seluruh dunia, yang mendorong penyebaran Islamofobia yang berbahaya, yang mesti dihentikan.

“Kita harus sosialisasikan hakikat bahawa apa yang berlaku di Gaza bukan mengenai agama tetapi krisis kemanusiaan. Kita harus menyokong untuk menerima perbezaan supaya masyarakat boleh hidup bersama dalam harmoni,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings