the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amaran penyakit Legionnaires dikeluarkan di Sydney

SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan New South Wales (NSW) Australia pada Rabu menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan CBD Sydney sejak 10 hari lalu supaya berwaspada terhadap gejala penyakit Legionnaires, lapor Xinhua.

Seramai tujuh orang yang menghidap penyakit Legionnaires (sejenis radang paru-paru yang teruk) sebelum ini telah menghabiskan masa di kawasan itu dalam tempoh tiga minggu lepas, menurut Kementerian Kesihatan tempatan dalam satu kenyataan media.

Kesemua pesakit kini menerima rawatan radang paru-paru dan disahkan dijangkiti bakteria Legionella yang menyebabkan penyakit Legionnaires.

Penyakit itu sering dikaitkan dengan menara penyejuk yang tercemar bangunan-bangunan besar.

Orang ramai boleh terdedah kepada bakteria berkenaan jika zarah air yang tercemar daripada sistem penyejukan memasuki sistem pernafasan, namun penyakit Legionnaires tidak berjangkit dari orang ke orang, menurut kementerian itu.

Gejala penyakit Legionnaires termasuk demam, menggigil, batuk dan sesak nafas hingga boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang teruk seperti radang paru-paru.

Pegawai alam sekitar telah bekerjasama rapat dengan Majlis Bandaraya Sydney untuk memeriksa menara penyejuk, menurut kementerian itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings