the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KK Mart Jalan Aatok dibaling Molotov Cocktail, polis giat buru suspek

KUCHING: Polis Sarawak kini sedang giat mengesan suspek disyaki membaling botol kaca berisi minyak tanah atau ‘Molotov Cocktail’ ke sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Satok di sini awal pagi semalam.

Pesuruhajaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata (gambar) ketika dihubungi Bernama hari ini berkata kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan kebakaran kotak mengandungi air minuman di kaki lima hadapan kedai serbaneka tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang merupakan pekerja kedai serbaneka itu, semalam.

“Orang ramai diingatkan tidak melakukan perbuatan di luar batas undang-undang dalam hal ini dan memberikan ruang proses perundangan yang sedia ada,“ katanya dalam kenyataan di sini, petang ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Ceremina Nasim di talian 013-8554168 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

Kejadian di Sarawak ini merupakan insiden ketiga membabitkan KK Mart selepas tercetus kontroversi jualan stoking tertera kalimah Allah.

Pada 26 Mac lalu, sebuah cawangan kedai serbaneka itu di Bidor, Perak dibaling dengan bom petrol kira-kira jam lima pagi.

Kejadian kedua, berlaku pada 30 Mac lalu di KK Super Mart Sungai Isap, Kuantan Pahang, pada jam 5.40 pagi. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Defining Milestone for Gene Solutions: SPOT-MAS Multi-Cancer Screening Test Receives U.S. FDA Breakthrough...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Gene Solutions – a global biotechnology company advancing accessible genomic solutions for cancer detection and precision oncology, announced that SPOT-MAS 10 has received Breakthrough Device Designation from the U.S. Food and Drug Administration (FDA).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings