the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hampir sejuta pengguna nikmati penjimatan besar penangguhan kenaikan tol

KUALA LUMPUR: Hampir sejuta pengguna lebuh raya dijangka merasai impak positif susulan keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya utama.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan beban rakyat memandangkan terdapat perbezaan besar antara kadar tol semasa dan kadar yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa kenaikan kadar tol bagi kenderaan kelas satu sepatutnya antara 50 sen hingga RM4.56, atau peningkatan 79 hingga 83 peratus. Sebagai contoh, pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur–Putrajaya (MEX) akan menjimatkan RM6.80 bagi perjalanan pergi dan balik.

“Kadar tol konsesi pada 2025 sepatutnya RM6.90, tetapi kami kekalkan pada RM3.50. Jika dikira untuk 20 hari sebulan, pengguna boleh jimat RM136 sebulan atau RM1,632 setahun,“ jelas Nanta semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Keputusan menangguhkan kenaikan tol diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu sebagai sebahagian inisiatif bantuan kepada rakyat. Antara lebuh raya terlibat termasuk Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE), dan Lebuhraya KL–Kuala Selangor (LATAR).

Menjawab soalan tambahan mengenai kemungkinan penghapusan tol, Nanta menegaskan bahawa langkah itu sukar dilaksanakan kerana kos penyelenggaraan yang tinggi. “Kerajaan perlu peruntukkan berbilion ringgit, dan dana itu boleh digunakan untuk manfaat lain. Penurunan kadar lebih praktikal selepas syarikat konsesi capai pulangan pelaburan,“ katanya. – Berrnama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings