the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan laksana penambahbaikan pastikan tempat kerja lebih manusiawi

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai suasana kerja yang sihat, selamat dan lebih manusiawi, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Mengulas Indeks Keseimbangan Hidup dan Kerja Global yang meletakkan Malaysia di tangga kedua terbawah daripada 60 negara, Sim berkata ia termasuk meratifikasi Konvensyen C155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada 11 Jun lepas.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan) 2022 bermula 1 Jun lepas selepas dua tahun dipinda.

“Dulu akta ini hanya terpakai untuk 10 sektor ekonomi, sekarang ia terpakai untuk semua sektor ekonomi bagi memastikan satu keadaan persekitaran tempat kerja yang lebih selamat dan sihat,“ katanya kepada pemberita pada program Neurodiversity Inclusion Impact di sini hari ini.

Sim berkata pada tahun ini, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) melatih lebih 10,000 pemberi pertolongan cemas kesihatan mental pekerjaan di syarikat swasta dan jabatan kerajaan.

“Ini bagi memastikan tempat kerja kita selamat dan sihat bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mengimbangi kesihatan mental,“ katanya.

Sim berkata penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 bermula 1 Jan 2023, antara lain memasukkan peruntukan berkaitan anti diskriminasi dan aturan waktu kerja anjal juga memastikan persekitaran dan suasana kerja yang sihat.

Indeks Keseimbangan Hidup dan Kerja Global yang dikeluarkan syarikat perkhidmatan sumber manusia global, Remote baru-baru ini meletakkan Malaysia di tangga ke-59 daripada 60 negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar tertinggi di dunia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings