the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari

SEREMBAN: Sebanyak 489 kes jenayah komersial melibatkan kerugian hampir RM16 juta direkodkan di daerah ini dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata penipuan merekodkan kes tertinggi melibatkan kerugian bernilai RM15.3 juta diikuti pecah amanah RM467,524, jenayah siber (RM9,301.76) dan wang palsu (RM3,153).

Beliau berkata sebanyak 25 individu ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.

“Daripada data diperoleh, terdapat penurunan contohnya bagi kes pecah amanah dan salah guna harta namun kes pelaburan tidak wujud masih melibatkan kerugian jutaan ringgit,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesedaran awam tentang risiko pelaburan tidak wujud perlu ditingkatkan terutama dalam kalangan pekerja swasta, penjawat awam dan individu korporat yang menjadi sasaran sindiket penipuan.

Mohamad Hatta berkata modus operandi jenayah siber kini lebih canggih dengan menggunakan teknologi.

“Berdasarkan maklumat terbaharu, scammer (sindiket penipuan) ini menghantar kod jemputan menerusi media sosial, apabila pengguna membuka pautan itu, secara tidak sedar mereka (sindiket) menggodam aplikasi yang ada di dalam telefon bimbit,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings