the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKNT rancang tambah tujuh lokasi Terengganu bebas asap rokok

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merancang untuk menambah tujuh lagi kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR) di seluruh negeri sebelum akhir tahun ini.

Pengarah berkenaan Datuk Dr Kasemani Embong berkata pihaknya telah mengenal pasti satu lokasi di setiap tujuh daerah yang belum mempunyai TBAR dan dokumentasi juga telah disiapkan.

“Selepas ini ia akan masuk perbincangan di peringkat daerah bersama Pegawai Daerah dan ketua jabatan sebelum dibawa ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Sejak diperkenalkan pada 2018, hanya ada satu lokasi TBAR di Terengganu setakat ini iaitu di Pantai Batu Buruk di daerah ini. Proses mewartakan TBAR yang merupakan lokasi tumpuan orang ramai ini sedikit memakan masa kerana perlukan libat urus dengan kerajaan negeri dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Operasi Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam Siri 3/2024 di Pantai Batu Buruk, di sini hari ini.

Tujuh lokasi tersebut ialah Taman Bandar Chukai di Kemaman, Arena Merdeka Dungun (Dungun), Pantai Pulau Kekabu (Marang), Pasar Awam Kuala Berang (Hulu Terengganu), Persisiran Pantai Teluk Ketapang (Kuala Nerus), Kawasan Jeti Pelancongan Merang (Setiu) dan Kota Putera Kampung Raja (Besut).

Mengenai TBAR sedia ada, beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan notis sebanyak 7,800 atas kesalahan merokok membabitkan 5,409 jumlah kompaun bernilai RM1.35 juta.

Sementara itu, Kasemani berkata Terengganu mencatatkan peningkatan 5.9 peratus kes Denggi setakat Jun tahun ini berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 125 kes.

Bagaimanapun, beliau berkata negeri itu tidak mencatatkan jumlah wabak Denggi yang teruk selain lima kes yang menurutnya terkawal dan telah tamat membabitkan masing-masing dua kes di Marang dan Besut serta satu di Hulu Terengganu.

“Kita juga tidak mencatatkan sebarang kematian akibat Denggi pada tahun ini berbanding satu kematian yang direkodkan tahun lepas,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings