the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Momentum kempen PRK Sungai Bakap oleh jentera perpaduan pada tahap paling baik – Zambry

GEORGE TOWN: Momentum kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap oleh jentera parti-parti komponen di bawah khemah Kerajaan Perpaduan berada pada tahap paling baik, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau yang merupakan Pengarah Pilihan Raya BN DUN Sungai Bakap berkata semangat ditonjolkan antara jentera parti BN dan Pakatan Harapan (PH) begitu baik, dengan gerak kerja dilaksanakan berteraskan kepada perpaduan dan kerjasama.

Beliau berkata semua rakan parti komponen BN juga telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka akan bekerjasama dan turun membantu kempen calon PH Dr Joohari Ariffin bagi memastikan kemenangan memihak kepada Kerajaan Perpaduan.

“Hubungan dalaman kami sendiri (BN) juga merupakan yang terbaik, kali ini kita tidak dengar ada daripada parti komponen kata dia tidak mahu jalankan kerja (semasa pilihan raya kecil) dijalankan,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog Menteri Pendidikan Tinggi dengan Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula selepas pengisyiharan calon bertanding Sabtu lepas hingga 11.59 malam, 5 Julai.

Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail sebagai calon Perikatan Nasional (PN), dalam pertembungan satu lawan satu pada PRK DUN Sungai Bakap, 6 Julai ini.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Sementara itu Zambry berkata jentera BN akan terus turun padang untuk mendekati pengundi, terutamanya kelompok pengundi ‘atas pagar’, untuk memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa kepada mereka.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Toblerone presents ” The Ultimate Gift “: The Toblerone Crystal Bar crafted by Swarovski

An iconic Swiss chocolate brand meets one of the world's most celebrated names in crystal artistry to bring 'Never Square' to life. Creating something unexpected, something beautiful, and something that gives back: Toblerone today announces The Ultimate Gift.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings