the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jangan tunggang isu BlackRock bagi wujudkan persepsi jahat – Fahmi

NIBONG TEBAL: Tindakan beberapa pihak yang “menunggang” isu penyertaan BlackRock Inc dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) merupakan satu tindakan politik sempit bertujuan mewujudkan persepsi jahat dalam kalangan rakyat.

Menyelar tindakan itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia bukan sahaja mewujudkan “kepalsuan”, malah menyifatkannya sebagai a very short sighted approach yang mampu merosakkan perancangan negara.

“Mereka yang cuba menunggang isu ini tidak melihat kepada kepentingan kita menambah baik mutu perkhidmatan di lapangan terbang.

“Sejujurnya, BlackRock tiada kaitan secara langsung dengan perbincangan antara MAHB dan Global Infrastructure Partners (GIP), syarikat yang dirasakan mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membantu kita memulihkan dan menambah baik lapangan terbang,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui ketika hadir memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin pada proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di sini hari ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata BlackRock merupakan pelabur institusi dan terlibat sebagai pemegang saham pelbagai syarikat di seluruh dunia, bukan hanya di Malaysia.

Dalam isu penstrukturan semula MAHB, beliau menjelaskan bahawa 70 peratus saham entiti itu dipegang Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan golden share, selebihnya kepada GIP, dan tiada saham dijual kepada BlackRock.

Justeru, beliau menegaskan semua keputusan strategik dalam MAHB masih di tangan kerajaan Malaysia antaranya dalam urusan menentukan pemilihan jawatan-jawatan penting termasuk pengerusi, ketua pegawai eksekutif, dan memastikan tiada mana-mana petugas akan dibuang kerja.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) itu juga berkata isu ini telah dibincangkan pada peringkat Jemaah Menteri dan setakat ini tidak berlaku sebarang percanggahan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan berhubung isu itu dan ia masih boleh dibincangkan sekiranya terdapat masalah.

Semalam, GIP menegaskan BlackRock tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings