the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemeriksaan kesihatan percuma di PPS legakan mangsa banjir

PASIR MAS: Kemudahan pemeriksaan kesihatan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang memudahkan mangsa banjir yang memerlukan rawatan ringan.

Noor Aidi Ismail, 58, dari Kampung Serongga berkata perkhidmatan yang disediakan petugas Klinik Kesihatan Kangkong dan Pusat Perubatan Angkatan Tentera Malaysia Kem Pengkalan Chepa memberi kesempatan buat dirinya memeriksa tahap kesihatan setelah tiga hari menghuni PPS itu.

Beliau yang menghidap penyakit jantung melahirkan rasa syukur perkhidmatan pemeriksaan kesihatan disediakan memandangkan terdapat ramai mangsa yang mungkin mengalami kecederaan akibat banjir ataupun kurang sihat ketika berada di PPS.

“Sekurang-kurangnya kami tahu kebajikan dan kesihatan kami terjaga kalau berada di sini,“ katanya kepada Bernama ketika ditemui di PPS SK Sri Kiambang hari ini.

Rusni Sasilor, 25, pula menceritakan anaknya yang berusia dua tahun dirawat petugas perkhidmatan itu selepas disengat serangga ketika berada di PPS tersebut.

“Mujur ada rawatan di sini. Alhamdulillah anak saya tidak apa-apa,“ katanya.

Sementara itu, petugas kesihatan Kapten Dr Syed Amir Azfar Syed Ahmad berkata pihaknya bersama-sama petugas Kementerian Kesihatan (KKM) memberi fokus kepada tiga penyakit iaitu COVID-19, Acute Gastroenteritis (AGE) dan Conjunktivitis.

Selain itu, mereka yang berada di PPS juga boleh mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan bagi penyakit biasa.

“Mangsa yang mempunyai preskripsi turut boleh mendapatkan ubat yang diperlukan sepanjang tempoh mereka berada di sini,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings