the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga rakan didakwa rompak barang kemas bernilai RM1.4 juta

KUALA KANGSAR: Tiga sekawan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak barang kemas bernilai RM1.4 juta menggunakan senjata, awal bulan ini.

R. Gunasellan, 52, A.F. Adrian Raj Dominic, 29, dan R. Anandan, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Ketiga-tiga lelaki itu bersama enam orang yang masih bebas dituduh merompak Chong Yong Seng dan Tan Kang Chiat, kedua-duanya 26 tahun, secara berkumpulan menggunakan parang panjang melibatkan barang kemas bernilai RM1.4 juta di tempat letak kenderaan Jalan Dato Maharajalela di sini, kira-kira 9.40 pagi, 6 Nov 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman sebat.

Hakim menetapkan jaminan RM20,000 untuk setiap tertuduh, bersama dua penjamin serta perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis terdekat sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 29 Dis untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala ketiga-tiga tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori dan ejen pusat panggilan diwakili peguam Tulasi Ayaoo.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, Gunasellan dan Anandan masing-masing didenda RM2,500 serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas mengaku bersalah memasukkan dadah berbahaya ke dalam diri sendiri, awal bulan ini.

Kedua-dua mereka turut berdepan enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Gunasellan didakwa memasukkan ke dalam diri sendiri dadah jenis morfin manakala Anandan pula didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol. Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, kira-kira 3 petang, 7 Nov 2023.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, dan dikenakan perintah pengawasan di bawah Seksyen 38B ADB 1952 bagi tempoh minimum dua tahun dan maksimum tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fahmi Kamaluddin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Tulasi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings