the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia bakal bangunkan inisiatif kesihatan untuk cegah, kawal kanser paru-paru

PETALING JAYA Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Malaysia sedang berusaha membangunkan Inisiatif Kesihatan Paru-Paru sebagai sebahagian daripada Pelan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser 2021 hingga 2025.

Beliau berkata inisiatif ini membabitkan sektor awam, swasta dan ketiga yang berganding bahu untuk mencegah serta mengawal kanser paru-paru di Malaysia.

“Seperti yang diketahui ramai, kanser paru-paru adalah kanser ketiga paling biasa di Malaysia di mana 95 peratus daripada kes didiagnosis pada peringkat akhir iaitu tahap ketiga atau keempat.

“Inisiatif ini juga akan memperkukuh kawalan penggunaan produk tembakau termasuk rokok elektrik yang menjadi risiko utama kanser paru-paru terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja,“ katanya dalam ucapan perasmian pelancaran Kongres Kanser Kebangsaan Malaysia (NCCM) 2024 di Universiti Sunway di sini hari ini.

Merujuk Laporan Globocan 2020 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dzulkefly berkata dianggarkan sejumlah 19.3 juta kes baharu kanser adalah dari segi kejadian, 9.9 juta kematian dan 50 juta orang menghidap kanser dalam tempoh lima tahun selepas didiagnosis.

Beliau berkata Malaysia tidak terkecuali kerana jumlah kes kanser yang dilaporkan meningkat sebanyak 46.5 peratus bagi tempoh 2017 hingga 2021 berbanding 2012 hingga 2016.

“NCCM 2024 adalah selari dengan Pelan Strategik Kebangsaan kita bagi Program Kawalan Kanser 2021-2025 dengan menangani pencegahan dan kawalan kanser dari sudut pandangan yang holistik.

“Dengan memupuk kerjasama dan pertukaran pengetahuan dalam kalangan pakar serta pihak berkepentingan, kongres ini sudah pasti akan menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan strategi kawalan kanser kebangsaan kita,“ katanya.

Kongres tiga hari itu, yang bermula hari ini dan berakhir 23 Jun depan, menawarkan platform khusus bagi perbincangan mendalam dan pertukaran pengetahuan dalam kalangan penceramah antarabangsa yang terkenal, profesional penjagaan kesihatan, penggubal dasar serta penyelidik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings