the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa tanah runtuh di Papua New Guinea setakat ini – Wisma Putra

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau menjadi mangsa tanah runtuh di Wilayah Enga, Papua New Guinea pada Jumaat, setakat ini kata Kementerian Luar (Wisma Putra).

Kementerian itu berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby sedang memantau dengan rapi satu insiden tanah runtuh di Daerah Porgera-Paiela dan secara aktif menyelaraskan usaha bersama pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

“Malaysia bersimpati dan mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terkesan oleh tanah runtuh itu, selain kepada rakyat dan kerajaan Papua New Guninea.

Rakyat Malaysia di kawasan berdekatan digesa supaya kekal berwaspada dan mematuhi dan mengikuti panduan dan kemas kini terkini daripada pihak berkuasa tempatan,” kataya.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular supaya menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di alamat Lot 16, Seksyen 531, Rosewood Executive Residence, Savankutinah Heights, Peti Surat 1400, Port Moresby, Papua New Guinea.

Suruhanjaya Tinggi juga boleh dihubungi menerusi talian +675-325 1506 / +675-325 2076 dan +675-7178 8414 (untuk kecemasan) dan e-mel [email protected].

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings