the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Indeks harga pengeluar Malaysia turun 0.3% pada Oktober: Perangkaan

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur harga barangan di pintu kilang, turun 0.3 peratus (tahun ke tahun) pada Oktober 2023 selepas mencatatkan peningkatan 0.2 peratus pada September 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (gambar) berkata sektor pembuatan turun 0.7 peratus pada Oktober 2023 (September 2023: -0.8 peratus), membawa kepada penurunan dalam indeks keseluruhan bulan ini.

“Subsektor yang menyebabkan penurunan ini adalah pembuatan kok dan produk petroleum bertapis (-8.8 peratus), pembuatan produk makanan (-4.2 peratus) serta pembuatan bahan kimia dan produk kimia (-2.0 peratus),” katanya dalam kenyataan mengenai Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan, Malaysia Oktober 2023 yang dikeluarkan pada Selasa.

Beliau berkata pada masa yang sama, indeks bekalan elektrik dan gas juga turun 0.5 peratus.

Sementara itu, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 3.8 peratus (September 2023: 3.2 peratus) disebabkan oleh peningkatan dalam indeks pengeluaran ternakan (4.3 peratus) dan penanaman tanaman kekal (3.8 peratus), katanya.

Beliau berkata sektor perlombongan juga mencatatkan peningkatan kecil 0.5 peratus pada Oktober 2023 berbanding 6.9 peratus pada bulan sebelumnya, disokong oleh indeks pengekstrakan petroleum mentah (5.6 peratus), manakala indeks bekalan air meningkat sebanyak 1.0 peratus.

Mohd Uzir berkata pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan susut 0.3 peratus pada Oktober 2023 selepas mencatatkan peningkatan 0.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Pada asas bulanan juga, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya merekodkan tiada perubahan pada bulan ini, katanya.

Beliau berkata walau bagaimanapun, barang siap menurun sebanyak 0.6 peratus dan bahan perantaraan, bekalan dan komponen juga turun 0.2 peratus pada Oktober 2023.

Ketua Perangkawan berkata konflik di Timur Tengah, yang terbaru dalam kejadian yang luar biasa telah meningkatkan risiko geopolitik kepada pasaran komoditi global yang telah sedia tidak menentu.

Beliau berkata sebelum konflik meletus, harga tenaga telah meningkat pada suku ketiga 2023 berdasarkan indeks harga komoditi Bank Dunia, berikutan pemotongan bekalan minyak secara sukarela oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

“Walau bagaimanapun, setakat ini, kesan perang terhadap harga komoditi masih tidak berlaku. Harga minyak dan emas mungkin meningkat sedikit, tetapi kebanyakan harga komoditi kekal stabil,” katanya.

Beliau berkata sejarah menunjukkan peningkatan konflik menimbulkan risiko besar kepada harga komoditi, kerana boleh menyebabkan harga minyak dan komoditi lain melambung tinggi.

Menurut unjuran garis dasar dari Tinjauan Pasaran Komoditi oleh Bank Dunia pada Oktober 2023 juga, harga komoditi dijangka turun secara sederhana dalam beberapa tahun akan datang, katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings