the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis siasat video aksi “superman” sekumpulan penunggang motosikal di LPT 1

KUANTAN: Polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal melakukan gaya “superman” sehingga menyebabkan berlaku kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata pihaknya telah mengesan rakaman video berdurasi 28 saat berkenaan yang tular menerusi media sosial pada 10 pagi tadi.

Beliau berkata kejadian terbabit didapati berlaku di KM 127 arah timur LPT 1 pada Ahad lepas dan dirakam sendiri oleh seorang daripada penunggang motosikal berkenaan.

“Polis sedang giat menjejaki mereka yang terlibat dan beberapa penunggang motosikal itu telah tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh bagi membantu siasatan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu pihak polis dengan menghubungi talian 09-2716222. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Portugal defeat Croatia 2-1 to reach World Cup last 16

Portugal's forward #07 Cristiano Ronaldo celebrates after scoring his team's first goal from the penalty spot during the 2026 World Cup round of 32 football match between Portugal and Croatia at the Toronto Stadium in Toronto on July 2, 2026. (Photo by Cole Burston / AFP)

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings