the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu e-hailing didakwa cederakan wanita warga China dengan kerusi lipat

KUANTAN: Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap wanita warga China, baru-baru ini.

Mohd Sidek Saleh, 32, didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah di bahagian jari tangan kanan wanita itu dengan menyerang, menggunakan kerusi lipat.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di lobi sebuah hotel di Jalan Sekilau di sini, sekitar pukul 6.20 petang pada 16 Dis lepas dan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Peguam Datuk Zaharman Zainal Abidin memohon jaminan ditawarkan kepada Mohd Sidek memandangkan anak guamnya itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) selain pernah mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas terlibat dalam kemalangan pada 2016.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Luqman Hakim Mohamad Usari tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes tertuduh adalah kesalahan serius dan tidak mustahil dia boleh melakukan kesalahan sama terhadap penumpang lain pada masa akan datang.

“Namun, sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara, pihak pendakwaan mencadangkan wang jaminan RM15,000 dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah,“ kata Luqman Hakim.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin dan membenarkan syarat tambahan berkenaan selain menetapkan 5 Feb depan untuk serahan dokumen.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan pemandu e-hailing berkenaan selepas hadir membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 19 Dis lepas berhubung laporan polis yang dibuat warga China itu.

Mangsa yang berusia 22 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul beberapa kali menggunakan kerusi lipat oleh seorang pemandu e-hailing sehingga mengalami kecederaan pada jari, tangan dan muka.

Mangsa mendakwa kejadian berlaku semasa dia dan seorang rakan wanita menggunakan kenderaan e-hailing itu untuk pulang ke hotel dari sebuah lokasi pelancongan di sini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings