the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia, China setuju kerjasama jendela tunggal tingkat perdagangan rentas sempadan – PM Anwar

PUTRAJAYA: Malaysia dan China bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama dalam Kerjasama Jendela Tunggal untuk berbincang dan mengkaji lebih mendalam pendekatan terbaik melaksanakan kerjasama jendela tunggal, terutamanya melalui inisiatif Jendela Tunggal Nasional (NSW) yang diterajui Kementerian Kewangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerjasama jendela tunggal antara Malaysia dan China ini boleh meningkatkan kecekapan proses perdagangan rentas sempadan melalui pendigitalan proses kawal selia perdagangan, penghapusan keperluan mengemukakan dokumentasi lewah.

Selain itu, beliau berkata, ia juga akan menggalakkan pertukaran maklumat yang lebih lancar serta tepat antara pemegang kepentingan dan rakan dagang lain.

“Usaha untuk membangunkan kerjasama jendela tunggal ini juga menyantuni aspirasi kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan transformasi digital dan memudah cara perniagaan bagi merancakkan lagi ekonomi negara,” kata beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

Kerjasama jendela tunggal yang dipersetujui ini dimaklumkan melalui kenyataan bersama oleh Kementerian Kewangan dan Pentadbiran Am Kastam China bagi Kerjasama Jendela Tunggal dalam Perdagangan Rentas Sempadan yang ditandatangani bersama oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Pentadbiran Am Kastam China Yu Jianhua.

Anwar menerima kunjungan rasmi Perdana Menteri China Li Qiang di Perdana Putra hari ini sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan tertutup untuk membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu kepentingan bersama serantau dan antarabangsa.

Antara inti pati hasil perbincangan dua hala itu adalah komitmen Malaysia dan China untuk memperkasa serta mempelbagaikan lagi aktiviti perdagangan antara kedua-dua negara.

Pada suku pertama 2024, perdagangan Malaysia dengan China meningkat kepada RM112.28 bilion berbanding RM108.66 bilion pada tahun lalu. Ini meliputi jumlah eksport dari Malaysia ke China sebanyak RM44.5 bilion dan import dari China sebanyak RM67.78 bilion.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings