the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Melaka terima peruntukan tambahan RM21 juta naik taraf projek industri agrotourism

MELAKA: Kerajaan negeri menerima peruntukan tambahan berjumlah RM21 juta daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menaik taraf enam projek di negeri itu dalam usaha memperhebatkan industri agrotourism di Melaka.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata projek berkenaan antaranya adalah Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF) di Sungai Udang, Kolam Penternakan Ikan Kelah di Brisu, Taman Laut Melaka serta pembangunan semula ladang rusa dan ladang ragut rumput lembu di Sungai Rambai.

“Kerja-kerja naik taraf kesemua enam projek berkenaan sedang giat dijalankan dan ia dijangka siap secara berperingkat pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

“Usaha menaik taraf kesemua projek berkenaan dijangka akan memberi impak yang besar pada industri agrotourism Melaka selain membantu merancakkan sektor pelancongan negeri dan membantu meningkatkan ekonomi rakyat dan pemain industri terlibat,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Melaka Agrofest 2024 yang berlangsung di Dataran Sejarah, Ayer Keroh di sini selama tiga hari bermula semalam.

— LAGI

DR MUHAMAD AKMAL-PERUNTUKAN 2 (AKHIR) MELAKA

Dalam perkembangan lain, Dr Muhamad Akmal berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk melatih 100 anak Melaka dalam industri penanaman buah rock melon menerusi Program ‘Melon to Million’ di bawah peruntukan khas daripada KPKM.

Beliau berkata program berkonsepkan ‘mentor menti’ itu bukan sahaja melatih peserta menjadi usahawan rock melon yang berjaya secara percuma, malah mereka juga diberi elaun sepanjang latihan berkenaan, benih, peralatan serta menyediakan tanah aktiviti penanaman itu.

“Latihan akan dijalankan dengan kerjasama pengusaha rock melon dari Selangor dan daripada 100 peserta itu, kita akan mencari 10 yang terbaik bagi mengusahakan tanaman berkenaan secara lebih meluas.

“Mereka juga akan diberi tanah untuk mengusahakan tanaman buah tersebut selain dibantu daripada pelbagai aspek termasuk membeli semula rock melon yang ditanam sekali gus menjadi petani kontrak bagi penanaman itu,“ katanya.

Terdahulu, beliau berkata Melaka Agrofest 2024 menyasarkan nilai jualan berjumlah RM1 juta dengan jumlah pengunjung seramai 30,000 dalam tempoh tiga hari penganjuran festival berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings