the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Insiden Ulu Tiram: JKM sedia sesi kaunseling selagi diperlukan keluarga – Noraini

TAPAH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan sesi kaunseling kepada keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lepas, selagi mereka memerlukannya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata langkah itu amat penting bagi memulihkan kembali emosi setiap anggota keluarga yang masih terkesan dengan pemergian mangsa.

“Sesi kaunseling ini perlu sehingga mereka cukup bersedia untuk kembali menjalani kehidupan normal,“ katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar di Kampung Poh Tambahan 1, Bidor di sini hari ini.

Beliau turut menyampaikan bantuan Skim Pemberian Ehsan Yayasan Kebajikan Negara berjumlah RM3,000 kepada keluarga Allahyarham Ahmad Azza Fahmi.

Noraini berkata pihaknya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka tabah dalam menghadapi dugaan yang berlaku.

Bapa Allahyarham Ahmad Azza Fahmi, Azhar Khaiden, 54, pula berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan semua pihak terutama dalam memudahkan pengurusan pengebumian jenazah anaknya.

“Saya terima kejadian yang berlaku dengan hati terbuka, reda dan saya anggap ini adalah kerja yang telah diatur oleh Allah SWT. Perkara sama saya terangkan kepada isteri dan anak saya, mudah-mudahan mereka semua menerimanya,“ katanya.

Azhar berkata keluarganya turut berhasrat menamakan surau baharu yang akan dibina di kampungnya dalam waktu terdekat, atas nama anaknya.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada menteri besar (Datuk Seri Saarani Mohamad) semasa kunjungan beliau ke sini tempoh hari dan saya harap ia akan dapat diabadikan,“ katanya.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi itu, Ahmad Azza Fahmi dan rakan setugas Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak.

Suspek lelaki berusia 21 tahun ditembak mati dalam kejadian berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings