the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wartawan tentukan corak berita di sebalik ledakan AI

KUALA LUMPUR: Kepentingan kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai AI dalam bidang kewartawanan ketika ini tidak dapat dinafikan terutama dalam membantu wartawan membuat kajian dan mencari maklumat.

Presiden Institut Akhbar Malaysia Datuk Yong Soo Heong berkata walaupun begitu, AI tidak boleh mengambil alih tugas seseorang wartawan yang akhirnya akan mencorakkan sendiri laporan mereka berdasarkan maklumat daripada AI berlandaskan etika kewartawanan.

“Kebolehan menulis atau menyampaikan sesuatu berita itu adalah kerja hakiki kita sebagai wartawan, kita tidak boleh ‘menyamar’ menggunakan AI untuk membantu kita menipu bos.

“Setiap wartawan patut kagum dengan kebolehan mereka masing-masing, AI ialah alat untuk bantu mereka dalam hal produktiviti dan hal kajian tetapi dalam artikel yang dikeluarkan mereka, kena gunakan kemahiran mereka untuk jana karya tersendiri,” katanya kepada Bernama.

Yong yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata pengamal media harus bijak dalam menggunakan AI tanpa meminggirkan etika kewartawanan dengan memastikan maklumat yang diberikan adalah berdasarkan sumber sahih sesuai dengan kod etika kewartawanan baharu yang dilancarkan Februari lepas.

Menurut Yong walaupun AI menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengamal media, ia tidak boleh dijadikan tempat bergantung 100 peratus, sepertimana ditekankan dalam kod etika berkenaan iaitu wartawan perlu memberikan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan berterusan.

Wartawan veteran, G. Manimaran pula mencadangkan satu rangka kerja etika untuk penggunaan AI dibangunkan di peringkat organisasi media dan nasional bagi menjadi preskriptif dalam usaha mempertahankan kualiti amalan kewartawanan negara.

Manimaran berpendapat ia sejajar dengan perkembangan teknologi digital dan AI ketika ini yang memerlukan rangka kerja etika berkenaan diwujudkan demi manfaat kesemua pihak yang terlibat dalam industri kewartawanan.

Beliau berkata rangka kerja itu harus melibatkan setiap proses dalam amalan kewartawanan daripada pengumpulan input, penghasilan cerita, suntingan dan pengedaran produk kewartawanan yang pelbagai pada hari ini menerusi platform yang berbeza.

“AI hanyalah satu hasil ledakan teknologi dan satu platform yang memudahkan proses amalan kewartawanan, tetapi nilai kewartawanan itu sendiri tidak boleh dikompromi,“ katanya.

Beliau berkata di sebalik potensi ledakan teknologi termasuk AI, terdapat banyak cabaran dari sudut etika kewartawanan termasuklah kurangnya ketelusan penggunaan dan kebergantungan terhadap AI dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab wartawan.

“Keputusan AI tidak selalu dapat difahami oleh manusia, adakala terdedah kepada elemen ketidaktepatan, berat sebelah dan diskriminasi yang sering kali dipandang remeh serta pengawasan dalam proses pengumpulan input dan data,“ katanya.

Bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 25 hingga 27 Mei ini, satu Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 bertemakan ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ akan diadakan melibatkan penceramah terkenal dari dalam dan luar negara.

Mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan” HAWANA 2024 dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei.

HAWANA 2024 merupakan perhimpunan terbesar wartawan Malaysia dan dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak manakala Bernama selaku agensi pelaksana.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings