the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amaran hujan tahap bahaya dan buruk di Kelantan, Terengganu hingga esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dan buruk di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Kelantan itu melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu pula melibatkan kawasan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan pula melibatkan kawasan Gua Musang manakala di Terengganu meliputi kawasan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Dalam kenyataan sama, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Kedah meliputi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, di Perak (Hulu Perak), di Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan seluruh negeri Perlis, juga dijangka berlaku sehingga esok.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings