the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza – PM

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen itu dinyatakan semasa beliau menerima panggilan telefon daripada rakat sejawatnya dari Pakistan iaitu Shehbaz Sharif hari ini.

“Saya turut memuji Perdana Menteri Shehbaz atas keberanian beliau memposisikan kedudukan Pakistan terkait kemelut di Gaza.

“Seharusnya pemimpin Islam negara lain perlu terus mengukuhkan sokongan dalam meningkatkan bantuan kemanusiaan selain menggandakan usaha menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Anwar memaklumkan mereka juga merancang untuk bertemu di ibu negara Pakistan iaitu Islamabad dalam masa terdekat agar hubungan kedua-dua negara dapat terus diperkukuh.

Menerusi panggilan telefon itu, Anwar dan Shehbaz turut berbalas ucapan selamat menyambut Aidiladha selain mendoakan kesejahteraan bersama dan keluarga serta rakyat kedua-dua negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings