the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 24, 2025
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Nga: Jaga kebersihan ketika berhimpun raikan demokrasi

KUALA LUMPUR: Membuat perhimpunan bagi meraikan demokrasi seharusnya turut disertai dengan sikap tanggungjawab ke atas kebersihan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Menerusi hantaran di laman X hari ini, beliau selaku menteri yang menjaga agensi pembersihan awam, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah individu yang membuang sampah merata tempat sewaktu berhimpun.

“Kerajaan MADANI meraikan demokrasi dan tiada halangan dengan perhimpunan aman tapi tolonglah jaga kebersihan.

“Selaku agensi yang menjaga kebersihan awam, @swcorp_my kini sedang bertungkus lumus untuk memulihkan segala sampah dan kekotoran yang ditinggalkan,” menurut hantaran itu.

Beliau turut berkata perbuatan mengotorkan kawasan dan membuang sampah merata-rata boleh mencemarkan imej negara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories