the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

FAM hantar bantahan rasmi isu Jalur Gemilang terbalik

SHAH ALAM: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengambil tindakan rasmi dengan menghantar bantahan berhubung insiden Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik oleh penyokong pasukan Indonesia semasa perlawanan Piala ASEAN Bawah 23 Tahun (B-23) di Jakarta.

Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan bantahan itu telah dihantar kepada Setiausaha Agung AFF Winston Lee Boon Aun dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). “Kita sudah hantar bantahan kepada AFF dan salinan kepada AFC. Perkara ini menimbulkan rasa kurang senang buat penyokong dan rakyat Malaysia,“ katanya.

Kejadian itu berlaku di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, di mana beberapa penyokong tuan rumah dilihat memegang bendera Malaysia secara terbalik dan diconteng. Gambar-gambar tersebut kemudian tular di media sosial, mencetuskan reaksi negatif daripada rakyat Malaysia.

FAM kini menunggu maklum balas rasmi daripada AFF dan AFC mengenai tindakan yang akan diambil terhadap individu terlibat atau penganjur kejohanan.

Sementara itu, Noor Azman turut mengesahkan Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi lokasi perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang Singapura dan Palestin pada September ini. “Setakat ini memang dua perlawanan ini sahaja yang kita sahkan. Lokasi pun sudah diputuskan di Bukit Jalil,“ jelasnya.

Perlawanan tersebut dijangka menjadi persiapan penting buat skuad kebangsaan sebelum meneruskan kempen kelayakan Piala Asia 2027 pada Oktober. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings