the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bunuh ibu saudara: Operator kilang didakwa di hospital bunuh ibu saudara

GEORGE TOWN: Seorang operator kilang hari ini didakwa di katil Hospital Pulau Pinang (HPP) atas tuduhan membunuh seorang wanita pada Selasa lepas.

Ong Kok Bu, 29, dari Taman Seri Pinang, Butterworth mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majisret Siti Zulaika Nordin @ Ghandi (gambar) dari Mahkamah Majistret Butterworth.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Ong yang ditempatkan di wad ortopedik HPP, telah dihantar ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas bertindak terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang sejurus selepas dikatakan melakukan perbuatan itu pada Selasa lepas.

Ong didakwa membunuh Lee Yen Suan, 42, di hadapan sebuah kedai di Jalan Taman Sin Tat, Butterworth kira-kira pukul 10.55 pagi pada 19 Dis lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak lebih 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siti Zulaika menetapkan 25 Mac depan untuk sebutan semula kes.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings