the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pusat Darah Wilayah Utara siap Oktober ini di Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Projek pembinaan Pusat Darah Wilayah Utara dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober ini, menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan. Projek bernilai RM49.9 juta itu dilaksanakan melalui kaedah reka dan bina di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah.

“Pembinaannya bermula pada 2 Ogos 2021 dan dijangka siap dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada pertengahan Oktober ini,“ katanya selepas meninjau kemajuan projek itu.

Pusat darah ini akan dilengkapi makmal moden, ruang pendermaan darah mesra pengguna, serta sistem logistik bersepadu bagi memastikan bekalan darah mencukupi dan selamat. Projek ini melibatkan pembangunan blok utama, blok mekanikal dan elektrikal, serta kemudahan lain seperti kawasan parkir, kafeteria, dan pondok pengawal.

Ahmad menambah, pusat ini bakal menjadi pemangkin kepada peningkatan tabung darah di wilayah utara, meliputi Kedah, Perlis, Pulau Pinang, dan utara Perak. “Kemajuan fizikal projek telah mencapai 93 peratus tanpa isu kritikal dilaporkan,“ jelasnya.

Pusat ini turut menyediakan 20 katil untuk penderma darah, diikuti proses penyelidikan dan penyimpanan darah pada suhu negatif 40 darjah Celsius. “Sebelum ini, darah hanya disimpan di hospital dengan kapasiti terhad. Kini, pengurusan lebih teratur,“ ujarnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings