the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan setuju lulus peruntukan projek penyaluran air ke empangan Bukit Merah – PM

BAGAN SERAI: Kerajaan secara prinsipnya bersetuju untuk meluluskan peruntukan pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah, bagi menyediakan bekalan air terawat ke utara Perak dan Pulau Pinang yang dianggarkan menelan kos RM4 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek itu sebahagiannya akan dilaksanakan untuk menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), di Kerian.

“Kalau diurus bekalan air itu (di Perak) dengan baik, ia bukan sahaja mencukupi malah melebihi, melalui projek pengurusan air dan beberapa program tempatan ia akan dapat memenuhi keperluan di KIGIP, keperluan pengairan di Kerian dan terus ke Seberang Perai.

“Ia memerlukan dana RM4 bilion, dan kerajaan pada dasarnya bersetuju, walaupun bukan tahun ini tetapi kita akan jadikan ia sebagai keutamaan,” katanya Ketika berucap merasmikan Pelancaran Pelan Induk KIGIP di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings