the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia, Singapura dijangka meterai MoU Zon Ekonomi Khas pada 11 Jan 2024

ISKANDAR PUTERI: Malaysia dan Singapura dijangka memeterai memorandum persefahaman mengenai penubuhan Zon Ekonomi Khas (JS-SEZ) Johor-Singapura pada 11 Januari tahun depan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata JS-SEZ dan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City merupakan katalis kepada pembangunan negeri, selain meneruskan penumpuan kepada sektor-sektor yang telah memacu pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi pesat, sektor ekonomi pelbagai, politik yang stabil serta kemasukan pelaburan berkualiti secara berterusan adalah prasyarat utama jika Johor ingin muncul sebagai kuasa ekonomi utama di rantau ini.

“Insya-Allah, memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Singapura dan Kerajaan Malaysia (berhubung JS-SEZ) akan ditandatangani pada 11 Januari 2024.

“Kerajaan negeri berharap dan akan berusaha supaya perjanjian berkenaan ditandatangani selewat-lewatnya enam bulan dari tarikh tersebut dan pelaksanaannya pada awal tahun 2025,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2024 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Pada Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 di Singapura bulan lepas, Singapura dan Malaysia dilaporkan sedang menjalankan kajian daya maju bagi pengukuhan ekosistem JS-SEZ.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dilaporkan berkata kedua-dua negara kemudiannya akan menandatangani memorandum persefahaman berkaitan hasil daripada kajian tersebut yang diharapkan dapat dimeterai awal tahun depan.

Sementara itu, Onn Hafiz (BN-Machap) berkata projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Transit Aliran Ringan (LRT) perlu dilaksanakan segera bagi melengkapkan ekosistem sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.

“Saya berharap Kerajaan Persekutuan akan memberi perhatian kepada permohonan ini (berkenaan HSR dan LRT),” katanya.

Malaysia dan Singapura bersetuju membina projek tersebut pada 2013 telah menandatangani perjanjian pembinaannya pada 2016, bagaimanapun pembinaanya ditangguhkan pada 2018 sehingga Disember 2020.

Pembinaannya kemudian ditamatkan pada Januari 2021 selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan terhadap beberapa perubahan.

Pada 11 Mei lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata pihaknya sedang meneliti kertas cadangan pelaksanaan semula projek HSR Kuala Lumpur-Singapura membabitkan pelaburan swasta. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings