the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
30.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan arab saudi dalam bidang tenaga diperbaharui

KUALA LUMPUR: Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Menerusi hantaran di laman X (dahulu dikenali sebagai Twitter), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata perkara itu disampaikan semasa pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim di pejabat kementeriannya di Putrajaya hari ini.

“Saya mengesahkan kepentingan Kerajaan Arab Saudi dan mengulangi komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala kita dengan Arab Saudi ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Menerusi hantaran itu, Fadillah turut berkongsi empat foto yang memaparkan beliau menerima dan menjadi hos kepada Mesaad Ibrahim.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings