the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ramanan: Status MITRA akan diumumkan PM

KUALA LUMPUR: Status Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sama ada kekal di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau sebaliknya akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA berkata beliau akan menjalankan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu seperti biasa sehingga ada pengumuman daripada Perdana Menteri.

Beliau juga katanya meletakkan kepercayaan terhadap Perdana Menteri dalam memuktamadkan perkara tersebut.

“Memang Perdana Menteri akan buat satu pengumuman dalam masa terdekat, tunggu pengumuman beliau,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa pentadbiran MITRA akan kembali di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Selain itu, Ramanan berkata rakyat perlu mengambil peluang yang ditawarkan di TEKUN Nasional untuk menjadi usahawan yang lebih berdaya saing.

“Untuk tahun ini sahaja, TEKUN telah memberikan bantuan perniagaan kepada usahawan India sebanyak RM49 juta dengan jumlah keseluruhan bantuan perniagaan yang diberikan mencecah RM1 bilion menjelang akhir tahun ini.

“Ini adalah satu pencapaian yang baik dengan jumlah pembiayaan meningkat dari tahun ke tahun,” katanya.

Beliau berkata TEKUN juga akan membuka dua lagi cawangan di Sabah tahun hadapan menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara sebanyak 173 cawangan.

Sementara itu, Pengerusi TEKUN Nasional Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata TEKUN merancang untuk meningkatkan lagi pembiayaan dan memberi ruang lebih luas kepada peserta dalam pembiayaan.

“Kita sudah sasarkan tahun hadapan peruntukan pembiayaan sekitar RM1.15 bilion bagi pembiayaan,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings