the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kereta dihempap pokok, dua terperangkap

ALOR SETAR: Dua terperangkap selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Datuk Kumbar di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata pihaknya yang menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.43 petang tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

Dalam kenyataan di sini beliau berkata sebaik tiba di lokasi, didapati ada sebatang pokok yang tumbang dan menghempap dua kereta.

Beliau berkata dua lelaki berumur 38 dan 61 tahun yang terperangkap dalam kenderaan itu telah berjaya dibawa keluar dari kenderaan masing-masing dengan bantuan orang ramai sebelum ketibaan bomba, dan mereka tidak mengalami kecederaan.

“Pokok berkenaan tidak menghalang lalu lintas dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.04 petang,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings